Jumaat, 3 April 2015

Berhenti Mengeluh, Banyakkan Bersabar

Perkongsian yang diterima menerusi WhatsApp. Hari ini berkenaan ayat-ayat Al-Qur'an yang boleh kita semat dalam hati apabila mengeluh itu dan ini. Banyakkanlah bersabar. Sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar.

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)

“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat" (An Naba' : 9) 

Ketika kita mengeluh:
Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab :
(لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)

“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh :
Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
( َالا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)

“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh:
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)

"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:
“ Tak dak sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)

“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedih sangat...”
ALLAH menjawab:
ِ (لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )

“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)